Anda boleh mendapatkan pendedahan penuh bagi cara dan tujuan Getcontact menggunakan data dalam Kenyataan Privasi kami [https://www.getcontact.com/privacy]. Bagaimanapun isi-isi penting boleh dirumuskan seperti berikut; - Untuk membolehkan, mengoptimumkan, menyesuaikan, menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami. - Untuk mematuhi kewajipan undang-undang, termasuk melindungi daripada penipuan, mengesan spam dan menyediakan pendedahan kepada penguasa undang-undang apabila diperlukan oleh undang-undang yang diguna pakai. - Untuk melindungi hak-hak dan keselamatan Getcontact dan para pengguna kami, termasuk pengesanan spam dan pemanggil yang tidak diingini. - Membuat laporan menggunakan data terkumpul dan tanpa nama untuk tujuan-tujuan statistik dan analisis.